MODUL SPBK

Sistem Pengurusan Berkomputer Koperasi No.1 Di Malaysia

Ciri-ciri dan fungsi Sistem Pengurusan Berkomputer Koperasi

  • down_button
  • icon_1

    Komprehensif & Sistematik

    Menjana SEMUA Laporan Kewangan , Tunai , Keanggotaan & Lejar Am secara

    AUTOMATIK , CEPAT & TEPAT. 

    icon_2

    Standard

    100% Mengikut Garis Panduan Pelaporan Penyata Kewangan Koperasi oleh SKM.

    icon_3

    Mesra Pengguna & Integrated

    Mudah digunakan walaupun tidak mempunyai asas perakaunan. Integrated dan data single entry.

    Modul Keanggotaan

    keanggotaan
    Merupakan modul yang dikhaskan untuk kegunaan koperasi. Ianya dipautkan terus kepada Modul Pembiayaan, Lejer Am dan Pengurusan Tunai. Dengan hanya menekan beberapa kekunci SPBK dapat memberikan maklumat lengkap seseorang anggota. Penyata anggota terus dikemaskini sebaik sahaja bayaran atau penerimaan dilakukan.
    Fungsi utama adalah menyimpan/merekod Maklumat Profil Anggota dan Akaun Anggota. Sistem ini juga menyediakan pengurusan Permohonan Baru dan Penamatan Anggota. Modul ini juga menyediakan kemudahan perkiraan Dividen. Anggota boleh memilih sama ada pembayaran dividen dikredit kembali atau terus bayar kepada anggota.

    Modul Pembiayaan

    pembiayaannew
    Menyimpan rekod pembiayaan (pinjaman) seseorang anggota. Modul ini amat sesuai digunapakai oleh koperasi kredit. Rekod baki pembiayaan, ansuran bulanan, baki penyelesaian pembiayaan, amaun tertunggak disimpan di sini bagi memudahkan semakan anggota. Anggota juga boleh mengira kelayakan anggota meminjam serta mendapatkan status permohonan pinjaman dan mengetahui baki akaun pembiayaan mereka.
     
    Kutipan bulanan melalui Sistem Online Angkasa (SOLA) juga dipautkan ke modul ini. Setiap potongan bulanan akan direkodkan dan juga dikemaskini ke akaun anggota dan Penyata Anggota. Kemudahan Laporan DSR mengikut Format Bank Negara juga disediakan bagi memenuhi keperluan semasa koperasi. SPBK adalah satu-satunya sistem pengurusan koperasi yang mempunyai laporan DSR di pasaran.

    Modul Pengurusan Tunai

    pengurusan-tunai

    Pengguna tidak semestinya mempunyai pengetahuan perakaunan yang luas untuk menggunakan SPBK dengan jayanya. Dengan adanya Modul Pengurusan Tunai, hanya perlu memilih sama ada menu Bayaran atau Terimaan. Mempunyai kmeudahan memindahkan Terimaan Potongan Gaji Majikan dan SOLA (BPA) ke SPBK secara ‘Autodeduction’.

    Urusan ‘double entry’ dan ‘debit credit’ tidak perlu kerana diuruskan oleh SPBK. Kemasukan data adalah secara Single entry dengan itu pelarasan tidak diperlukan di antara Akaun Anggota dan Akaun Lejer. Kemudahan pengurusan Pelarasan Bank dapat membantu koperasi memantau bagi lapisan awal terhadap jumlah kewangan koperasi.

    Modul Lejer Am

    pengurusan-tunai-1

    Modul di mana segala transaksi yang dibuat, disimpan dan direkod bagi tujuan perakaunan. Rekod yang disimpan memudahkan laporan dibuat mengikut format dan panduan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). SPBK adalah mematuhi Garis Panduan dan Tatacara Pelaporan Penyata Kewangan Koperasi.

    Kemudahan fungsi jurnal disediakan untuk membolehkan pihak koperasi jika terdapat kesilapan, pembetulan atau mana-mana transaksi yang tidak melibatkan resit dan baucer bayaran. Kawalan tetapan akaun seperti chart, kalendar, period control, bank akaun dan sebagainya disediakan bagi melancarkan pengurusan kewangan koperasi.

    Sumber Manusia*

    Berfungsi untuk pengurusan sumber manusia seperti gaji, cuti, claim & rekod penilaian pekerja

    Point of Sale*

    Merekod transaksi runcit koperasi dan penutupan akaun runcit setiap hari

    Portal*

    Anggota koperasi boleh mengakses sistem untuk membuat permohonan dan menyemak status secara dalam talian

    Mesyuarat Agung*

    Merekof kehadiran (korum), menyemak status elaun ahli mesyuarat, mengeluarkan minit mesyuarat tahunan

    * Selepas 6 bulan penggunaan penuh modul asas SPBK
    Search